Wednesday, November 16, 2011

3 JENIS PEREMPUAN


SALAM ..
GUESS WHAT FOR THIS POST I WANT SHARE SOMETHING INTERESTING ABOUT GIRL ..
Sbnarnya saya ada terbaca 1 novel yang agak menarik ..
And for your information..
Sebenarnya..perempuan ada 3 jenis.. apakah itu??

TEKA – TEKA ~

JINAK SEPERTI KUCING



~Jinak seperti kucing ini amatlah merimaskan..bagi siapa yang membela kucing mesti boleh membayangkan bagaimana jinak seperti kucing..kucing ialah binatang yang jinak..selalu bermain di kaki walaupon kita sudah halau tapi mereka degil..stil lagi bermain di kaki..begitulah di umpamakan..walaupon lelaki tidak mahu..tapi perempuan jenis ini degil dan masih mencari peluang untuk menawan hati lelaki yang digilainya itu .


JINAK-JINAK MERPATI



~Jinak jinak merpati sudah biasa didengar oleh kalian semua..peribahasa ini digambarkan sempena sejenis burung iaitu merpati..ianya burung yang nampak jinak tapi bila dihampiri akan lari..begitu juga perempuan yang tergolong dalam kategori ini..lelaki melihat perempuan senang dihampiri..tapi bila dihampiri perempuan tersebut akan menjauhi...perempuan jenis common dikalangan masyarakat sekarang..perempuan seperti ni agak mesra tetapi dia menjaga maruahnya..


LIAR SEPERTI KIJANG



~Liar seperti kijang ialah peribahasa baru yang saya dengar..bagaimana pulak dengan anda??
Adakah anda kenal binatang bernama kijang??ianya binatang yang menjadi lambang bagi negeri Kelantan iaitu binatang yang liar..binatang memg susah untuk ditawan..perempuan yang tergolong dalam kumpulan ini amat kecil peratusnya..kerana perempuan ini tidak percaya adanya cinta..hanya lelaki yang betul – betul ikhlas dapat melembut dan menembusi hati si dia..perempuan ini amat lah keras dan berdiri teguh dengan prinsipnya..


ANDA TERGOLONG DALAM KUMPULAN MANA??
SAMA – SAMA KITA MENILAI NYA..
SEMUA YANG BAIK DATANG DARI ALLAH..YANG BURUK DATANG DARI DIRI SAYA SENDIRI..
~SEKIAN~

Monday, November 14, 2011

JON FOO "TEKKEN"



JONATHAN PATRICK FOO
30 OKTOBER 1982
173 cm
 Joo Foo ni Irish Chinese..Iaitu ayahnya chinese singapore n maknya irish..ptot la muka nya cm org asia.. hensem tol ~ tapi lahir di London.. maknya mahir lam judo and ayah nya mahir lam karate..
what an awesome family background..
mula bergiat lam dnia ni sjak umur 15 thun lagi.

 TEKKEN is his first lead role..
congrate to you Jon Foo..dia akan muncul dalam "UNIVERSAL SOLDIER: REGENERATION" "REBIRTH" "STREET LEGACY"..
All the best to you.. i'm your fan.. hihi..
If saya jumpa boy muka macam muka dia..confirm aku akan gilakan dia..huhu..hope my husband hensem cam dia..haha..angan-angan je..haha




PRESENT TO YOU TEKKEN







SEMOGA MAJU JAYA JON FOO ~

MY LOVE GROW MORE


HAI BLOGGERS.. FOR THIS POST.. I FOUND SOMETHING INTERESTING WANT TO SHARE WITH MY FRIEND..THANZ TO ZONCINTA.COM


Idea Romantis #1

Pada malam sebelum birthday si dia, berpakat dengan housemate-nya untuk ambil sekejap kunci kereta si dia semasa dia tidur. Buka kereta dan hiaskan dalam but kereta dengan riben, bunga, dan belon helium. Letakkan satu teddy bear besar sebagai hadiah di dalam but kereta itu. Jangan hias bahagian dalam dan luaran kereta itu kerana ia hanya akanspoil surprise anda ini. Akhir sekali, lekatkan nota di setering kereta bertulis
” Buka but kereta cepat! Ada bom :) “
Anda hanya perlu tunggu keesokan harinya apabila si dia mahu menghidupkan kereta untuk ke kuliah dan terlihat nota anda itu.

Idea Romantis #2

Apabila tiba ulangtahun perhubungan anda. Beli sepasang gelas kaca cantik siap beserta ukiran nama anda berdua dan tarikh hari ulangtahun tersebut seperti
Rosyam & Diana
10 Jun 2011
Pergi ke restoran hotel di mana anda telah membuat tempahan makan malam dan minta pelayan restoran untuk menggunakan gelas khas itu apabila anda tiba malam nanti. Gelas itu akan dibawa pulang dan menjadi koleksi indah berdua lebih-lebih lagi apabila gelas itu bertambah dari tahun ke tahun.

Idea Romantis #3

Cuba lebih peka dengan apa yang diceritakan oleh pasangan anda dan catatkan secara rahsia. Contohnya jika si dia asyik bercerita mengenai kegemarannya makan ais kacang dengan kacang tabur lebih semasa di bangku sekolah.
Kenal pasti di mana  kedai yang ada menjual ais kacang dan bawa pasangan anda ke sana tanpa memberitahu ke mana anda membawanya. Sesampainya di kedai, order dua mangkuk ais kacang spesial, dan jangan lupa pesan kacang lebih untuk si dia :)

Idea Romantis #4

Bagi pasangan yang sudah berumahtangga; jika anda mandi dahulu sebelum si dia pada pagi hari, panaskan ruang bilik mandi anda dengan shower heater sehingga terhasilnya wap. Tulis mesej romantis seperti “Aaron cinta Juliana” pada cermin untuk pasangan anda membacanya apabila dia masuk mandi kemudian.
Pada yang belum berkahwin, cara ini boleh juga diguna di cermin tingkap kereta apabila cuaca sejuk :)

Idea Romantis #5

Beli sepohon anak pokok dan tanamkannya di sebuah tempat khas. Setiap kali hari ulangtahun perhubungan anda, kembali semula ke pokok itu bersama-sama dan lihat bagaimana pokok itu tumbuh dan membesar sebagaimana cinta anda pada si dia.

Idea Romantis #6

Beli sepaket kertas atau stiker glow in the dark dan lekatkannya di syiling bilik tidur anda dan isteri membentuk tulisan:
‘I love you, forever’.
Apabila saja anda berdua mahu tidur dan lampu ditutup, mesej anda akan kelihatan!

Idea Romantis #7

Pergi ke sebuah kedai bunga dan pesan sejambak bunga ros segar. Juga minta pekerja di sana menghantar bunga itu terus ke tangan pasangan anda yang sedang bekerja di pejabatnya. Apa lagi yang boleh membuatkan seorang wanita merasa bangga kalau bukan dapat membuat rakan sekerja lain cemburu. Hehe :P

Idea Romantis #8

Anda sedang berjalan-jalan di sebuah taman. Bawa pasangan anda ke buaian/ swing dan bantu si dia bermain. Ini akan menggamit kembali memori zaman kanak-kanak nya. Kehadiran pakcik aiskrim juga mungkin lebih membantu :)

Idea Romantis #9

Perempuan selalu mahu melakukan apa yang biasa lelaki buat, dan tentunya mereka tak dapat lakukan tanpa pertolongan anda. Rancang sebuah petang untuk anda pergi berkayak di tasik, ataupun menerbangkan layang-layang.
Mungkin ini perkara biasa bagi lelaki tapi bagi pasangan anda, ia adalah satu momen yang akan dikenang sampai bila-bila.

Idea Romantis #10

Jika anda tahu video editing, rancang satu malam untuk anda dan pasangan menonton DVD di rumah. Pilih sebuah filem cinta kegemaran anda berdua dan anda buat video cutting  filem tersebut terlebih dahulu.
Mulakan filem seperti biasa sehingga 30 minit, dan letakkan video buatan anda sendiri di pertengahan filem itu. Video anda itu menyiarkan 5 minit montaj gambar-gambar atau darivideo cam yang anda rakam sepanjang percintaan anda bersama. Selepas montaj yang anda edit itu, filem akan bersambung seperti biasa. Burn filem yang telah diedit kedalam bentuk DVD dan pasangkan di home theatre rumah anda.
Untuk lebih impak romantis,  beberapa saat sebelum montaj anda bermula, minta izin daripada si dia kononnya nak ke tandas sebentar dan kembali semula bilamana montaj itu selesai. Duduk semula di sofa bersebelahan pasangan anda dan pura-pura tiada apa yang berlaku. Genggam lembut jari jemari si dia sambil menatap wajahnya yang kemerah-merahan :)
Apa pula idea romantis anda yang anda pernah buat terhadap pasangan anda? Kongsikan bersama kami. Oh ya jangan lupa share artikel ni kepada rakana-rakan anda  :)

Tuesday, November 8, 2011

SALAM LEBARAN


SELAMAT HARI RAYA AIDILADHA

SALAM SERIBU KEMAAFAN DARI SAYA NOR SALEHAH KEPADA SEMUA RAKAN BLOGGER SAYA..
Raya Aidiladha tahun ni paling hambar kerana kakak ku tidak pulang..
Nmun ku harus bersabar..baju raya hanya ku pakai selama 1jam sahaja..
Biasanya setiap kali selepas solat ari raya aku akan melaram dgn dia..p tahun ni
semua tu tidak ku buat..agak la sedih..especially when i see others picture with their family
happily ...Tahun ni familyku xwat korban..so..ayah ku hanya menolong orang kampung je la
....
Kepada semua umat islam..saya mengucapkan SELAMAT HARI RAYA KORBAN..
Semoga amalan korban kita tahun ni diterima NYA..
Amin...

papepon...semua yang berlaku ada hikmahnye..ak redha dgn ujian NYA..


Bahasa selembut sutera ada kala berbisa...
Janji dilafaz tak semua dikota..
Tanggungjawab ada yang tak sempurna...
Pergaulan persahabatan ada yang terguris jiwa...
Ini suka duka kehidupan..
Dibulan yang mulia ini..
Saya menyusun seribu kemaafan dari hujung rambut 
hingga hujung kaki..
SELAMAT HARI RAYA AIDILADHA..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...